Sambil-Sambil Tenung Chart Gold, Hadam Juga Ulasan Terkini Komoditi Ini!

72

Logam berharga mula mengukuhkan kedudukan disebabkan sentimen risiko yang semakin melonjak terhadap krisis politik di Brazil dan Amerika Syarikat yang juga dikatakan memperlahankan agenda Trump di dalam merangsang ekonomi.

Emas bagi penghantaran Jun di Comex New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.21 peratus kepada $1,250.19 satu troy ounce manakala Copper futures melonjak sebanyak 0.08 peratus dalam sesi ini.

Semalam, dagangan emas menjunam dari paras tertinggi yang dicapai dalam tempoh dua minggu pada Khamis selepas data pembuatan dan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat dicatat lebih kukuh.

Permintaan bagi komoditi ini juga mula merosot sebaik sahaja pelabur menyambut baik data ekonomi yang positif ini walaupun pergolakan politik masih berlarutan di Washington.

Fed Philadelphia juga berkata pada Selasa bahawa indeks pembuatan Fed Philly meningkat sebanyak 22.0 berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 19.5.

Jabatan Buruh pula memaklumkan bahawa bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan pengangguran bagi minggu berakhir 12 Mei menurun sebanyak 4,000 orang.

Sementara itu, Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester juga pada Khamis mengulangi pandangannya terhadap kenaikan kadar selanjutnya berikutan beberapa data yang dinilai mengukuh baru-baru ini yang menunjukkan bahawa data pekerjaan dan inflasi sedang bergerak menuju sasaran Fed.

Sentimen Pasaran Pulih, Minyak Brent dan WTI Melonjak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat