Sentimen Pasaran Pulih, Minyak Brent dan WTI Melonjak!

43

Niaga minyak mentah naik pada awal sesi dagangan hari ini apabila keyakinan terhadap lanjutan perjanjian pemotongan minyak mentah semakin mempengaruhi sentimen, sekali gus menghantar penanda aras utama bagi pasaran ini ke dalam dagangan melonjak.

Dalam sesi ini, Brent mentah naik 12 sen kepada $52.63 dan mengalami pendakian bagi minggu kedua berturut-turut dengan kenaikan sebanyak 3.5 peratus.

Minyak mentah AS meningkat sebanyak 14 sen kepada $49.49 setong iaitu harga penutup tertinggi yang dicapai sejak 26 April. Kontrak ini juga menuju peningkatan mingguan sebanyak 3.4 peratus.

Harga minyak terperangkap di dalam sesi dagangan yang agak sempit dalam beberapa minggu kebelakangan ini disebabkan peningkatan pengeluaran minyak mentah dari AS yang secara tidak langsung melemahkan usaha OPEC dan pengeluar utama yang lain, termasuk Russia.

Namun, pasaran ketika ini semakin meningkatkan keyakinan bahawa OPEC dan beberapa pengeluar utama yang lain akan melanjutkan usaha untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari Mac 2018.

Justeru, bagi memuktamadkan keputusan terbabit, pemimpin-pemimpin OPEC dijangka akan bertemu di Vienna bagi membuat keputusan mengenai dasar pengeluaran tersebut.

Rosneft iaitu pengeluar minyak terbesar di Russia juga memberitahu pemberita di Berlin pada Khamis bahawa meraka sedia untuk menyertai perjanjian terbabit bagi mengurangkan pengeluaran minyak dan menyeimbangkan semula pasaran.

Kemana Hala Tuju US Dollar Selepas Menjunam 5 Hari Berturut-Turut?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat