Kemana Hala Tuju US Dollar Selepas Menjunam 5 Hari Berturut-Turut?

78

Yen melonjak dalam dagangan sesi Asia pada Jumaat disebabkan kenaikan permintaan terhadap asset safe-haven gara-gara ketegangan politik di Brazil yang melanda sentimen risiko.

USD/JPY menjunam sebanyak 0.08 peratus, manakala AUD/USD didagangkan pada 0.7419 dengan peningkatan sebanyak 0.01 peratus. Dalam sesi ini juga, GBP/USD meningkat sebanyak 0.10 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai menjunam berbanding enam matawang yang lain.

Saham di Brazil menjunam sebanyak 8.8 peratus pada Khamis terhadap skandal yang melibatkan pentadbiran Presiden Michel Temer baru-baru ini. Akhbar Brazil O Globo melaporkan pada lewat rabu bahawa Temer memberikan kebenaran untuk membayar saksi di dalam siasatan rasuah terbesar yang pernah berlaku di negara terbabit.

Semalam, US Dollar diniagakan lebih tinggi berbanding dengan sekumpulan matawang utama pada Khamis, mengimbangi pergolakan politik dan data ekonomi AS yang agak mengecewakan baru-baru ini.

US Dollar kembali di dalam landasan selepas mengalami junaman sebanyak 5 hari sebelum ini apabila pelabur menyambut baik data tuntutan pengangguran dan data pembuatan yang dikeluarkan sebelum ini.

Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan insurans pengangguran bagi minggu berakhir 12 Mei menurun sebanyak 4,000 orang kepada 232,000.

Dalam laporan berasingan, Indeks Pembuatan Philly meningkat kepada pelarasan bermusim sebanyak 38.8 dari 22.0 pada bulan sebelumnya, jauh melebihi jangkaan sebanyak 19.5 pada sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat