“Kalau boleh naik pun, agaknya sampai mana harganya boleh tembus?”
Christopher Waller, Gabenor Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi pandangannya berhubung mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang bakal mengumumkan keputusan kenaikan kadar faedah.
Menurut Waller dalam satu temu bual pada hari Selasa semalam, data ekonomi baru-baru ini dapat membenarkan Fed untuk lebih bertindak berhati-hati dalam menentukan kenaikan kadar faedah.
Kenyataan beliau itu telah dibuat sejurus selepas Pengerusi Fed Jerome Powell memberi amaran semasa ucapan Jackson Hole bahawa bank pusat AS bersedia untuk menaikkan kadar faedah sekiranya mereka merasakan ia adalah masa yang sesuai.
Kemudian, Patrick Harker iaitu Presiden Fed of Philadelphia dalam temu bual bersama CNBC pula dilaporkan meragui bank pusat AS akan melakukan pemotongan kenaikan kadar faedah sehingga tahun 2024.
Namun, mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung antara 19 sehingga 20 September 2023 mungkin dapat membenarkan para pelabur mata wang kripto untuk mengenal pasti sama ada Fed akan berpendirian dovish atau hawkish.
Rentetan itu, keputusan kadar faedah nanti mampu menyebabkan harga BTC menyaksikan kenaikan ketara memandangkan data ekonomi terkini dapat membolehkan Fed mengambil keputusan secara berwaspada.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa pegawai Fed mungkin mengekalkan kadar sasaran semasa, tetapi perlu diketahui ramai orang sungguh yakin bank pusat AS tidak akan menaikkan kadar faedah semasa FOMC nanti.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.02% pada paras $25,786 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $502 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 6.39% sepanjang minggu lepas.