Fed Fischer: Dua Lagi Kenaikan Kadar Pada 2017 Nampak Bersesuaian

41

Naib Pengerusi Federal Reserve, Fischer menyatakan bahawa dua lagi kenaikan kadar tahun ini nampak bersesuaian. Beliau juga menyatakan FOMC telah memasukkan sedikit rangsangan fiskal dalam pengiraan mereka dan sedang memerhatikan polisi fiskal secara rapat.

Menurut Fischer, risiko keseluruhan semakin seimbang terhadap kenaikan kadar di mana US dolar tidak meneruskan penguatan.

Presdien Fed cawangan Kansas Esther George pula menyatakan adalah penting untuk meneruskan kenaikan kadar secara berperingkat, tetapi beliau juga tidak mahu The Fed menaikkan kadar terlalu pantas yang akan mengejutkan ekonomi.

Fed Kaplan sekali lagi berucap semalam di mana beliau mengatakan The Fed perlu menaikkan kadar secara berperingkat dan berhati-hati.

Pengerusi Janet Yellen tidak membuat sebarang komen dalam keadaan semasa ekonomi atau polisi monetari dalam ucapannya pada Selasa.

Mesej oleh ahli-ahli The Fed secara keseluruhan dilihat konsisten sejak mesyuarat Mac dengan jangkaan tiga kali kenaikan pada 2017. Sepanjang tempoh itu juga, tiada komen yang dilihat agresif dan ‘hawkish’ yang menunjukkan bantahan kepada pendirian ‘dovish’ dari kalangan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat