Fed George Menyokong Pengurangan Pegangan Aset Oleh The Federal Reserve

38

Seorang lagi pembuat polisi Federal Reserve pada Selasa menyokong perancangan bank pusat untuk mula mengurangkan pegangan aset penghujung tahun ini di mana beliau Presiden Fed Kansas, Esther George memberi amaran bahawa menunggu terlalu lama akan menyebabkan pasaran buruh menjadi ‘overheat‘ (terlalu panas).

George adalah seorang ahli The Fed yang hawkish dan selalu mendesak agar The Fed menaikkan kadar faedah. Beliau mengatakan dalam ucapannya bahawa ekonomi Amerika Syarikat dalam asas yang kuat dengan kebanyakan kejutan ekonomi adalah positif berbanding yang negatif.

George juga menyokong bagi pengurangan pegangan aset dalam penyata imbangannya secara beransur-ansur yang berjumlah $4.5 trillion . Pendirian beliau merupakan pendirian majoriti ahli The Fed pada masa ini.

“Saya akan menyokong pengurangan penyata imbangan tahun ini,” kata George yang tidak mengundi dalam penetapan polisi monetari sehingga tahun 2019.

“Saya tidak menyokong jika penangguhan tindakan dibuat sehingga sasaran kadar inflasi melebihi 2% atau mahu menekan pasaran pekerjaan ke dalam keadaan yang terlalu panas (terlalu cepat meningkat),” katanya di Institut Levy Economics.

Dalam beberapa minggu ini, beberapa ahli The Fed dan minit mesyuarat Mac menunjukkan bank pusat berkemungkinan akan memulakan pengurangan pegangan asetnya yang terkandung dalam penyata imbangan (Balance Sheet) lebih awal dari yang dijangka oleh pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat