Fed Kaplan: Tiga Kenaikan Kadar Pada 2017 Adalah Munasabah

51

Presiden Federal Reserve cawangan Dallas, Robert Kaplan mengatakan, dengan sektor pekerjaan Amerika yang menghampiri gunatenaga penuh (full-employment) dan inflasi 2 peratus, The Fed perlu menaikkan kadarnya dua kali lagi tahun ini dan terus berusaha mengurangkan defisit penyata imbangannya.

Tetapi Kaplan dilihat agak berhati-hati dalam menjelaskan perkara ini kepada Reuters lewat Selasa.

Katanya, “kita telah menaikkan kadar, dan kita perlu mengambil sedikit masa melihat bagaimana ekonomi menyesuaikan keadaannya dengan kenaikan kadar ini. Saya merancang membuat penilaian ini dari masa ke masa dan bersedia untuk mengutarakan pandangan dalam mesyuarat akan datang.”

Beliau juga menegaskan, “Dua kenaikan lagi tahun ini adalah munasabah, selagi pasaran buruh terus meningkat dari segala sudut dan inflasi terus meningkat menuju sasaran dua peratus.”

Katanya, “Kami masih lagi akomodatif dan saya rasa adalah bersesuaian jika polisi semasa masih akomodatif. Jika inflasi meningkat ke paras melebihi 2%, ia tidak akan mencetuskan kenaikan kadar yang lebih pantas selagi ia bukan tren yang berterusan.”

Walaupun kadar pengangguran masih di paras 4.7%, ia masih lagi belum mencapai gunatenaga penuh (full-employment) kata Kaplan sambil menegaskan ia tidak akan memberi kesan kepada kenaikan harga.

Beliau juga sedar, beberapa polisi Presiden Trump termasuk perubahan kepada imigrasi dan perdagangan termasuk insurans kesihatan akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan perbelanjaan pengguna. Dia dan staf di Fed Dallas sedang mencari jawapan kenapa perbelanjaan pengguna yang lembap dan akan terus memberi perhatian kepada perkara ini.

Tetapi, katanya, dia tidak akan memfaktorkan perkara itu dari polisi pentadbiran baru AS yang termasuk perubahan cukai yang sepatutnya akan melonjakkan pertumbuhan, sehingga beliau yakin ia menjadi satu polisi yang rasmi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat