Fed Kashkari: Mungkin Kenaikan Kadar Faedah Kami Telah Menjejaskan Ekonomi

66

Kenaikan kadar faedah The Fed baru-baru ini mungkin telah memperlahankan inflasi,pertumbuhan gaji, pertumbuhan pekerjaan dan membahayakan ekonomi Amerika Syarikat, kata seorang ahli yang paling ‘dovish’ dalam The Fed iaitu Neel Kashkari.

“Mungkin ada lebih banyak masalah dalam pasaran buruh daripada apa yang kita jangka,” kata Presiden Fed cawangan Minneapolis ini apabila bercakap di sekolah perniagaan, Universiti Minnesota. “The Fed berkemungkinan telah membenarkan jangkaan inflasi bergerak lebih rendah.”

“Mungkin kenaikan kadar faedah kami telah menjejaskan ekonomi,” kata Kashkari yang beberapa kali menentang kenaikan kadar faedah tahun ini.

Federal Reserve telah menaikkan kadar faedah dua kali tahun ini dan menurut anggaran bank pusat Jun lalu, ada satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini. Namun, pemain pasaran masih ragu dengan kenaikan kadar faedah Disember di mana potensi ketika ini adalah 31.3% seperti yang ditunjukkan oleh CME.

Dalam majlis berlainan seorang lagi ahli FOMC Lail Brainard berucap pada Selasa sebelum Kashkari yang telah melemahkan US dolar. “Kita mesti berhati-hati untuk mengetatkan polisi sehinggalah kita yakin inflasi di landasan tepat bagi mencapai sasaran kita,” kata Brainard.

“Kosnya tinggi untuk membawa inflasi kembali naik ke arah sasaran.” Saya percaya, adalah penting untuk kita lebih jelas dengan pergerakan inflasi melebihi sasaran ketika ini.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat