Fed Mester: Bank Pusat Perlu Meneruskan Perancangan Kenaikan Kadar Faedah

47

Ahli The Fed pada Rabu menunjukkan pendirian hawkish untuk kekal dengan perancangan kenaikan kadar faedah walaupun pada masa kelemahan inflasi.

Dalam temubual bersama Presiden Fed cawangan Cleveland, Loretta Mester berkata walaupun dengan kejatuhan bacaan inflasi tahun ini, tetapi jangkaan masih stabil.

“Saya masih berpendapat kita perlu mula mengurangkan sesetengah akomodasi dalam pasaran,” dengan menaikkan kadar faedah dan mengurangkan pegangan bon yang terdapat di dalam penyata imbangan bank pusat.

Risiko terhadap ramalan median untuk sekali lagi kenaikan kadar tahun ini dan tiga tahun ke depan adalah ‘stabil’, tambahnya, di mana perniagaan semakin meningkat berikutan ekonomi global yang positif berbanding ketidaktentuan polisi Presiden Trump.

“Kita perlu tahu bahawa The Fed perlu mendapatkan kedua-dua sasaran ini, saya tidak mahu melihat sasaran inflasi 2% dicapai sebelum kita menjalankan perancangan sedia ada,” kadar faedah yang lebih tinggi.

Mester juga sedang memerhatikan isyarat ketidakstabilan dalam pasaran kewangan. “Saya menjangka kadar faedah bon jangka panjang akan meningkat dengan kita meneruskan perancangan mengurangkan akomodasi secara beransur-ansur.”

Walaupun dengan kenyataan yang lebih hawkish daripada Mester semalam, namun ia masih gagal membantu kenaikan US dolar berbanding minit mesyuarat Fed yang mewakili pendapat keseluruhan dalam bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat