Fed Mester: The Fed Tidak Perlu Menunggu Sasaran Dicapai Sebelum Menaikkan Kadar

54

The Fed tidak perlu menunggu sehingga sasaran inflasi dicapai dalam membuat keputusan untuk mengetatkan polisi monetari, kata Loretta Mester Presiden Fed cawangan Cleveland.

Kadar pengangguran US sejak beberapa bulan lalu semakin baik di mana bacaan merekod penurunan berterusan dan ketika ini kadar berada di paras 4.4%, namun kadar inflasi masih lagi bergerak jauh di bawah paras sasaran 2%. Hasilnya, beberapa ahli The Fed termasuk pemain pasaran telah mendesak agar bank pusat menangguhkan kenaikan kadar sehingga harga dan tekanan gaji naik semula.

Menunggu lama untuk menaikkan kadar faedah sebaliknya akan memberi kesan negatif kepada ekonomi.

“Disebabkan kita tahu ia mengambil masa untuk melihat kesan daripada perubahan polisi monetari, jadi kita tidak boleh menunggu sehingga sasaran dicapai,” kata Mester. “Kita perlu menilai maklumat dan apakah yang ia tunjukkan terhadap ekonomi dalam jangka masa sederhana.”

Mester juga mengakui inflasi akan kekal di bawah 2% tetapi sasaran itu akan dapat dicapai tahun depan. Penilaian kepada inflasi semakin mencabar di mana Lael Brainard seorang lagi ahli The Fed mengatakan pada awal minggu ini bahawa inflasi terhalang oleh faktor selain daripada faktor-faktor sementara dan secara keseluruhan Brainard tidak menyokong kenaikan kadar dalam masa terdekat.

Mester juga menyokong perancangan untuk mula mengurangkan pegangan bon yang berjumlah $4.5 trillion dalam masa terdekat. Pasaran ketika ini menjangka The Fed akan mengumumkan perkara ini dalam mesyuarat FOMC pada Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat