“Fed Perlu Kekalkan Kadar Faedah Tinggi Lebih Lama” – Powell

409

Petunjuk terbaru diperoleh pasaran pada Selasa semalam daripada Federal Reserve (Fed) berkenaan penetapan dasar monetari mereka yang menjadi perdebatan hangat beberapa bulan kebelakangan ini.

Terbaru, Pengerusi Fed Jerome Powell semalam menyatakan bahawa bank pusat berkemungkinan perlu mengekalkan kadar faedah yang tinggi untuk tempoh yang lebih lama dengan objektif untuk menurunkan inflasi.

Ini tidak mengejutkan para pelabur disebabkan telah ada jangkaan untuk langkah pemotongan kadar faedah bakal ditangguhkan berikutan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) hadir dengan bacaan yang memberangsangkan.

Powell tidak melihat data-data terbaru memberi keyakinan untuk peralihan dasar monetari longgar untuk dibuat dalam tempoh terdekat ini.

Justeru, situasi ini dilihat akan terus memberi sokongan kepada US dolar untuk kekal kukuh dalam pasaran buat ketika ini.

Di samping itu, ketegangan geopolitik yang terus meningkat turut menjadi faktor tambahan kepada pengukuhan US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Pelabur sedang memerhatikan tindak-tanduk Israel yang bakal diambil selepas serangan Iran dilancarkan pada hujung minggu lalu.

Majoriti menjangkakan Israel tidak akan berdiam diri dan akan menyerang balas ke atas Iran semula.

Sentimen pasaran yang kekal berisiko sepanjang minggu ini dilihat akan memberi kelebihan kepada dagangan mata wang dan aset safe-haven.

Bacaan data ekonomi China yang diterbitkan di sesi Asia semalam juga mencetuskan kebimbangan apabila pengeluaran industri dan jualan runcit catat angka lebih rendah dari ramalan.

Turut menerima impak positif adalah emas yang menjadi pilihan pelaburan selamat dengan harga menunjukkan kenaikan sederhana dari awal minggu menghampiri paras $2,400 semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat