Fed Powell Bakal Jadi ‘Pembunuh’ Bitcoin & Pasaran Kripto?

289

“Bertenang pelabur, lagipun BTC akan terjun tapi mungkin tak sampai $10,000.”

Penganalisis mata wang kripto Nicholas Merten yang dikenali ramai mengatakan tindakan Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja dapat menjatuhkan harga Bitcoin (BTC) malah keseluruhan pasaran.

Merten memberitahu 211,000 subscribers YouTube beliau bahawa Fed mungkin sekali lagi akan meruntuhkan pasaran kripto secara drastik sekiranya mereka teruskan kenaikan kadar faedah sebagai cara untuk mengatasi inflasi.

Keterangan baru-baru ini daripada Pengerusi Fed Jerome Powell berupaya mendorong BTC mencecah di bawah paras $20,000 dalam tempoh terdekat ini.

Hal ini kerana semasa menjawab pertanyaan oleh Republikan dan Demokrat berkenaan sebab Fed berpendirian hawkish terhadap dasar monetari, Powell menyebut di hadapan Kongres bahawa beliau ingin kekalkan sasaran inflasi 2%.

Marten juga berkata pasaran kripto sentiasa mengikuti pergerakan pasaran tradisional sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan pelabur yang bullish terhadap BTC seharusnya gembira untuk membeli aset digital itu semasa harganya berada pada zon $14,000 hingga $13,000.

Penganalisis melihat bahawa BTC mungkin akan mencecah paras harga berikut, namun aset digital tersebut sama sekali sukar untuk terjun hingga $7,000 mahupun $10,000 susulan ia penurunan besar yang tidak masuk akal.

Setakat penulisan ini, harga BTC menjunam sebanyak 2.22% pada paras $21,711 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $419 bilion manakala Ethereum (ETH) pula tergelincir 1.74% pada $1.537 namun Ripple (XRP) canak 3.08% pada $0.39.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat