Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat awal pagi tadi telah memutuskan untuk menurunkan kadar faedah sebanyak suku peratusan mata bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan memastikan pasaran buruh stabil.
Ini adalah pemotongan kedua berturut-turut, berikutan Fed mahu memastikan ekonomi yang kukuh dan pertumbuhan pekerjaan yang stabil.
Pengerusi Fed, Jerome Powell menegaskan bahawa beliau tidak akan ‘resign’ dari jawatannya, walaupun Presiden Trump yang dipilih semula memintanya berundur.
Powell menyatakan bahawa penyingkiran sedemikian tidak dibenarkan oleh undang-undang.
Powell menekankan bahawa pilihan raya tidak akan memberi kesan kepada keputusan Fed dalam jangka pendek.
Beliau juga menyatakan ketidaktentuan mengenai potensi dasar baharu, yang boleh menjejaskan inflasi dan pekerjaan pada masa hadapan.
Walaupun ekonomi menunjukkan daya tahan, dengan pertumbuhan pada kadar tahunan 2.8% suku lepas, terdapat tanda-tanda kelembapan sedikit, terutamanya dalam pertumbuhan pekerjaan dan inflasi.
Pendekatan berhati-hati Fed bertujuan untuk mengurus inflasi dan mengekalkan kadar pekerjaan tanpa perubahan pantas kepada kos pinjaman.
Powell menekankan kepentingan kestabilan, terutamanya memandangkan kenaikan hasil bon dan kadar gadai janji baru-baru ini, yang telah mempengaruhi pasaran perumahan.
Fed menyasarkan untuk mengimbangi matlamatnya di tengah-tengah potensi perubahan ekonomi masa depan.