Fehhh! Theta (THETA) Melonjak 17,000% Tinggalkan Koin Lain

1,393

Dilancarkan pada Mac 2019, Theta (THETA) laju melonjak 17,000%, menjadi matawang kripto kesembilan teratas selepas Uniswap (UNI) dengan permodalan pasaran bernilai $13.7 bilion!

Token ini merupakan matawang bagi rangkaian Theta Network, menfokuskan kepada projek penstriman video secara peer-to-peer desentralisasi.

Tanpa disangka perkembangannnya dalam setahun berjaya mengatasi Litecoin (LTC), Chainlink (LINK), Bitcoin Cash (BCH), Stellar (XLM) dan Dogecoin (DOGE).

Ketika penulisan, THETA didagangkan pada $13.71, meningkat 32.84% dalam 24 jam dan 97.44% dalam seminggu.

Rangkaian itu diusahakan oleh saintis komputer, Mitch Liu dan Kieyi Long. Sementara itu, penasihat utama termasuklah pengasas bersama Youtube, Steven Chen dan pengasas bersama Twitch, Justin Kan.

Memahami penonton sering berhadapan dengan kualiti video yang rendah, mereka memilih untuk menggunakan teknologi blockchain bagi menyelesaikan masalah itu dan membenarkan penggunanya untuk berkongsi rangkaian di mana mereka menerima matawang itu bagi setiap penyertaan.

Menurut ketua strategi projek, Wes Levit, pertaruhan token bagi Theta Mainnet 3.0 akan berlaku dalam masa terdekat dan ini mampu meningkatkan kadar minat ketika kebanyakan platform video dan startups mula tertarik dengan projek itu.

Fenomena non-fungible token (NFT) juga memainkan peranan memandangkan projek mereka juga sedang berfungsi di pasaran NFT bagi mendapatkan data.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat