Filecoin (FIL): Inovasi Kripto Yang Lebih Hebat Berbanding Google Drive, DropBox!

837

Bayangkan anda dapat menyimpan segala data atau dokumen penting tanpa pengawasan dari pihak ketiga.

Ya, itulah yang ditawarkan Filecoin (FIL). Tidak seperti DropBox atau Google Drive, Filecoin menawarkan ruang simpanan data atau sebarang maklumat menggunakan teknologi blockchain dan paling penting berkonsepkan desentralisasi.

Latar Belakang Filecoin (FIL)

Filecoin diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Juan Benet dan dibangunkan oleh Protocol Labs.

Berdasarkan whitepapernya, boleh dikatakan rangkaian blockchain yang digunakan sama seperti Bitcoin tetapi nod yang tersedia di rangkaian Filecoin boleh menyimpan data dan terjamin dengan komponen proof-of-retrievability (PoR).

PoR bermaksud bukti oleh sistem fail (prover) kepada klien (verifier) yang fail sasaran masih lengkap. Dalam erti kata lain, klien boleh recover fail sepenuhnya.

Rangkaian Filecoin dibangunkan di atas Interplanetary File System (IPFS), sebuah penyimpanan data peer-to-peer (P2P) dan protokol pemulihan dengan lebih pendekatan desentralisasi.

Bagaimana ia berfungsi?

Dropbox dan Google Drive masing-masing menawarkan ruang simpanan pada saiz 2GB dan 5GB, sesuai untuk simpanan dokumen atau gambar secara online.

Kemudian fail tersebut akan dihantar ke pusat penyimpanan data di Amerika Syarikat (AS) dan jika mahu dapatkan semula dokumen tersebut, anda perlu memuat turun semula. Betul kan?

Tetapi Filecoin tidak begitu. Dengan menyahkan ciri penyimpanan data berpusat seperti disebut tadi, pengguna mengakses ke penyimpanan awan (cloud storage) menggunakan aplikasi seperti Slate.

Dari situ pengguna akan ditawarkan dengan beberapa pilihan saiz ruang penyimpanan oleh beberapa pelombong. Selesai membuat pilihan, pengguna boleh hantarkan data-data yang mahu disimpan.

Bagi pihak pelombong pula, mereka perlu menyediakan bukti jaminan keselamatan penyimpanan data yang ditawarkan. Ini akan disahkan di rangkaian dan mana-mana blok data yang salah akan ditolak.

Filecoin telah bekerjasama dengan Truffle Suite, ConsenSys, dan berintegrasi dengan Chainlink dan CrossFi. Manakala sebanyak 70 organisasi telah berkolaborasi dengan Filecoin. Setakat November 2020, kapasiti penyimpanannya mencecah lebih 1 exabyte (EB).

Melihat kepada roadmap Filecoin (FIL), tidak dinafikan rangkaian ini berpotensi besar untuk jangka masa yang lama.

Jika anda berminat untuk dapatkan token FIL, boleh dapatkannya di beberapa platform seperti Binance, Huobi Global, Coinbase, dan Gate.io.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat