Fintonia Group Teruja 2 Dana Bitcoin Diluluskan Singapura

374

Syarikat pengurusan dana Singapura, Fintonia Group telah merasmikan dua dana Bitcoin (BTC) gred institusi pada 26 November dan ia disahkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS).

Dana tersebut dikenali sebagai; Fintonia Bitcoin Physical Fund, dan Fintonia Secured Yield Fund dilancarkan dengan tujuan untuk menawarkan pendedahan mudah dan selamat kepada pelabur profesional Bitcoin.

Bagaimanapun, dana-dana tersebut hanya tersedia kepada pelabur yang berkelayakan.

Fintonia Bitcoin Physical Fund

Menurut pengasas Fintonia, Adrian Chng, dana ini ditawarkan secara langsung dan pelabur boleh melanggan dan menebus secara tetap kerana ia adalah dana terbuka, sama seperti dana bersama.

Pelaburan terhadap dana tersebut bermakna pelabur membeli Bitcoin (BTC), bukannya instrumen derivatif Bitcoin.

Fintonia Secured Yield Fund

Dana ini pula menawarkan pengaksesan terhadap pinjaman peribadi mengguna Bitcoin kepada para pelaburnya.

Chng menyifatkan Bitcoin sebagai bentuk cagaran terbaik untuk pinjaman: “Ia didagangkan 24/7 dan memiliki kecairan yang tinggi – sekitar $30 bilion (RM127.17 bilion) sehingga $60 bilion setiap hari.

Menariknya lagi, kecairannya lebih pantas berbanding aset lain seperti komoditi dan aset sebenar jika berhadapan dengan keadaan yang menuntut untuk berbuat demikian.”

Kedua-dua dana ini disokong oleh perlindungan berlesen pihak ketiga yang melindungi mata wang kripto klien dalam cold wallets. Tidak cukup dengan itu, pelaburan ini telah dilindungi daripada isu berkaitan kecurian dan penggodaman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat