Firma AS Dakwa Hasil Ujian Vaksin COVID-19 Positif, Matawang Utama Melonjak

610

Laporan mengenai Moderna Therapeutics, iaitu sebuah syarikat bioteknologi Amerika Syarikat yang mengumumkan hasil memberangsangkan dalam ujian klinikal pertama vaksin coronavirus, telah menyokong sentimen pasaran untuk kembali positif.

US dolar menyusut berbanding matawang utama lain setelah ujian vaksin iaitu mRNA-1273, yang dilakukan ke atas 45 peserta dilaporkan telah menunjukkan hasil awal yang positif, di mana para peserta yang menerima vaksin menghasilkan reaksi imun terhadap virus tersebut.

Ujian klinikal dijalankan ke atas tiga kumpulan yang terdiri daripada 15 peserta bagi setiap kumpulan yang berumur antara 18 hingga 55 tahun, di mana peserta kemudiannya diberikan tiga dos vaksin berbeza pada ujian fasa pertama. Walau bagaimanapun, hasil ujian lengkap masih belum diketahui.

Menurut ketua bidang perubatan Moderna, Dr. Tal Zaks, sekiranya penyelidikan selanjutnya berjalan dengan lancar, vaksin tersebut mungkin akan dapat diedarkan kepada orang ramai pada Januari 2021.

Berita gembira ini turut mendorong dolar Aussie dan New Zealand untuk didagangkan meningkat berbanding US dolar, walaupun China semalam telah mengesahkan pengenaan cukai sebanyak 80% ke atas import barli dari Australia.

Turut menyokong peningkatan dolar Aussie dan kiwi adalah apabila Presiden China Xi Jinping mengatakan bahawa pihaknya akan melakukan segalanya yang terdaya untuk memberikan maklumat mengenai krisis COVID19 dan berjanji akan menyalurkan $2 bilion untuk membantu negara lain dalam menangani kesan pandemik selama 2 tahun akan datang.

Ketika perhatian dunia tertumpu kepada perkembangan vaksin dari Amerika Syarikat, China telah menjalankan lebih banyak pembangunan vaksin berbanding negara lain. Malah, ia juga telah menjalankan ujian ke atas 2,000 orang, di mana mereka kini berada di fasa kedua dan dijangka akan memulakan fasa ketiga pada bulan Julai atau Ogos.

Dolar New Zealand turut mencatat peningkatan setelah Wakil Gabenor Reserve Bank of New Zealand (RBNZ), Geoff Bascand memberitahu Reuters bahawa bank pusat akan menilai semula pelonggaran monetarinya dalam masa tiga bulan untuk menentukan langkah yang perlu diambil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat