Corak penurunan harga dipaparkan pada carta pasangan mata wang USD/JPY pada dagangan Rabu semalam menyambung ke pagi ini setelah menyusuri liku-liku menjelang mesyuarat FOMC yang dinanti-nantikan.
Keputusan mesyuarat menyaksikan kadar faedah dinaikkan sebanyak 25 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) menepati ramalan, sebelum ucapan susulan Pengerusi Jerome Powell diberikan tumpuan.
Sepertinya Powell memberi isyarat yang agak hawkish berkenaan langkah monetari berikutnya, menjangkakan bakal ada lagi kenaikan kadar yang mungkin dilaksanakan.
Namun, bank pusat belum lagi membuat keputusan untuk mesyuarat seterusnya pada September nanti, dengan data pekerjaan dan inflasi terbaru akan diteliti.
US dolar mengakhiri dagangan sesi New York dengan penyusutan sementara pasaran menghadam kenyataan Powell selain pelbagai spekulasi yang masih berlegar-legar.
Yen pula bakal didagangkan berisiko menjelang mesyuarat bank pusat Jepun (BOJ) pada sesi Asia esok hari (Jumaat) dengan jangkaan dasar yang longgar masih akan dikekalkan.
Harga menyambung penurunan hingga ke sesi Asia pagi ini pada carta USD/JPY setelah harga sebelum ini telah pun mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sejak Selasa lalu yang untuk isyarat bearish buat harga.
Penurunan harga pagi ini hampir menyentuh paras 139.300 yang merupakan antara paras tumpuan sebelum harga melantun semula menuju pembukaan sesi Eropah.
Halangan MA50 mungkin bakal diuji sebelum harga berikan petunjuk untuk lanjutan pergerakan seterusnya menuju penghujung minggu.
Sekiranya harga gagal lepasi halangan MA50 dan membuat penurunan semula, paras 139.300 akan cuba untuk diuji dan ditembusi lebih rendah.
Penurunan yang diteruskan seterusnya dilihat akan menuju ke zon support pada 137.00.
Sementara, untuk jangkaan kenaikan pula setelah harga melepasi halangan MA50, kenaikan berkemungkinan diteruskan menuju zon rintangan pada 141.800.
Seterusnya, kenaikan yang diteruskan boleh mencapai pula sekitar 143.500 yang turut merupakan rintangan buat harga pada dagangan sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG