Forbes Umumkan 12 Billionaire Muda Bawah 30 Tahun Bagi 2022

5,473

‘Muda-muda dah dapat gelaran bilionaire, penulis pernah jugak dapat sekali gelaran tu, tapi dalam game monopoli lah.’

Senarai World’s Billionaires 2022 oleh Forbes menyaksikan 12 individu di bawah usia 30 tahun berjaya mencapai gelaran jutawan bagi suku pertama 2022.

Antara yang tersenarai adalah 4 orang pelajar yang dibuang daripada Stanford, 2 orang bekas penghantaran makanan dan seorang ‘budak nerd’ kripto.

Bersama-sama, kumpulan tersebut mencapai nilai US$25.8 bilion, mewakili kurang 0.5% daripada 2,668 bilionaire yang disenaraikan Forbes.

Menurut Forbes, Gary Wang, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi bursa mata wang kripto, FTX yang berusia 28 tahun mengungguli carta teratas.

Sementara rakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried yang baru cecah usia 30 tahun pada Mac lalu, tergolong dalam senarai dengan nilai kekayaan sebanyak US$8.7 bilion.

Selain itu, Ryan Breslow berusia 27 tahun, yang bertindak keluar dari Stranford untuk membina syarikat perisisan pembayaran pantas, Bolt sebelum meletak jawatan sebagai CEO pada tahun ini turut tersenarai.

Dua lagi bekas pelajar Stanford, Pedro Franceschi berusia 25 tahun dan Henrique Dubugras berusia 26 turut tersenarai apabila syarikat pemula kad kredit mereka, Brex mencecah nilai $12.3 bilion pada awal tahun ini.

Setiap sorang dari mereka dianggarkan memiliki kekayan sebanyak $1.5 bilion setiap seorang.

Secara keseluruhan terdapat 7 jutawan self-made di bawah 30 tahun dalam senarai tersebut, mengatasi 5 pewaris kekayaan yang ditetapkan.

  • Stanley Tang dan Andy Fang (masing-masing 29 tahun) pengasas aplikasi penghantaran makanan DoorDash pada 2013 bersama Tony Xu, dengan anggaran kekayaan mereka $2 bilion setiap seorang.
  • Austin Russell (27 tahun) self-made bilionaire yang mengasaskan firma penderia automotif, Luminar Technologies dengan nilai kekayaan $1.6 bilion.
  • David Lehmann (19 tahun) yang mempunyai kepentingan dalam rangkaian kedai ubat Jerman, dm-drogerie market milik bapanya dengan nilai kekayaan $2.4 bilion.
  • Gustav Magnar Witzoe (28 tahun) pewaris salah satu operasi salmon ternakan terbesar di dunia.
  • Wang Zelong (25 tahun) yang mewarisi kepentingan dalam 2 syarikat kimia China.
  • Alexandra dan Katharina Andresen (masing-masing berusia 25 dan 26 tahun) dari Norway.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat