Fuh! Bank Terbesar Singapura Nak Tawarkan Perkhidmatan Kripto Untuk Pelabur Runcit!

798

Bank DBS Bank terbesar Singapura dengan lebih $500 bilion dalam jumlah aset telah mendedahkan rancangan untuk memperluaskan perkhidmatan perdagangan kripto kepada pelabur runcit. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Piyush Gupta, bank itu sedang bersiap sedia untuk melancarkan dagangan kripto runcit.

Dalam laporan terkini, Gupta mendedahkan kemaskini projek tersebut dan menganggarkan perdangan kripto runcit akan dilancarkan menjelang akhir tahun 2022. Beliau berkata, “Kami sedang memulakan kerja awal untuk mengembangkannya di luar kapasiti pelabur sedia ada dan dalam masa ia dilengkapi dengan pengawalseliaan”.

Bank Singapura, yang diasaskan pada Julai 1968 dianggarkan mempunyai kira-kira 200,000 pelanggan, termasuk syarikat besar, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan pelabur institusi. Rancangan untuk melancarkan ‘trading desk’ ataupun tempat jual beli kripto untuk pelabur runcit telah dibuat sejak beberapa bulan lepas selepas DBS memperolehi kelulusan daripada Pengawal Selia Kewangan Singapura (MAS) untuk menyediakan perkhidmatan kripto kepada pelabur institusi seperti pengurus aset dan perniagaan.

Justeru, pihak mereka berhasar untuk membawa hal ini lebih lanjut. Pada tahun 2022, tumpuan utama adalah memberi tumpuan pada pelabur runcit untuk menggunakan ‘trading desk’ kripto yang bakal disediakan.

Antara ciri-ciri menarik bakal ditawarkan ialah perkhidmatan membeli dan menjual kripto tersedia dalam talian dengan membuat pesanan melalui wakil bank. Setakat ini belum ada pendedahan mengenai pemindahan kripto yang di beli kepada pembekal lain ataupun wallet kripto.

Sebelum ini, pada tahun 2020, DBS telah melancarkan pertukaran fiat-ke-kripto di DBS Digital Exchange yang membolehkan pelabur kripto jual beli Bitcoin (BTC), Ether (ETH), dll menggunakan wang fiat seperti dolar Singapura (SGD), Hong Kong dolar (HKD), yen Jepun (JPY) dan dolar AS (USD).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat