Fuh! Kementerian Putuskan Perlombongan Kripto Bakal Di Benarkan Di Rusia?

411

Perkembangan yang tidak menentu pasaran kripto di Rusia terus menyelubungi jangkaan pemain pasaran. Kementerian Kewangan dan Bank Pusat mengambil pandangan yang berbeza mengenai mata wang kripto. Kementerian Kewangan Rusia berhasrat untuk membenarkan perlombongan kripto dan memperkenalkan cukai ke atas keuntungan yang terakru daripada mata wang kripto. Di samping itu, kementerian Rusia kini mahu menghalalkan perlombongan Bitcoin di lokasi tertentu.

Kerajaan Rusia kini berada di peringkat membangunkan undang-undang kawal selia untuk mata wang kripto, dimana salah satu kementerian kerajaan telah membentangkan cadangan baharu berkenaan sektor perlombongan kripto.

Kementerian Pembangunan Ekonomi Rusia telah bersetuju dengan cadangan untuk membenarkan perlombongan kripto di lokasi tertentu yang memiliki bekalan elektrik yang mampan.

Kementerian telah mencadangkan menawarkan elektrik pada kadar yang lebih rendah untuk pelombong Bitcoin dan pusat data di lokasi tertentu di Rusia

Salah satu kementerian menyatakan bahawa bahawa cadangan terbaharu itu akan menghapuskan risiko defisit bekalan kuasa untuk perumahan, kemudahan sosial dan infrastruktur di wilayah negara lain akibat aktiviti perlombongan kripto. Kementerian itu juga menambah bahawa ia mengiktiraf perlombongan kripto sebagai aktiviti komersial dan memperkenalkan cukai baharu ke atas keuntungan daripada perlombongan mata wang kripto.

Setakat ini belum adanya kata sepakat di antara kementerian kewangan dan Bank Pusat dalam cara mengawal selia mata wang kripto. Peraturan yang berkesan diperlukan yang membolehkan rakyat dan organisasi memperoleh mata wang kripto secara sah, mengambil kira mekanisme dan percukaian AML [Anti Pengubahan Wang Haram].

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat