Fuh! Kripto Bakal Jadi Pilihan Pelaburan Dalam Pelan Persaraan?

621

Ahli parlimen Republik berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya menghadkan jenis aset yang boleh dipilih oleh orang ramai untuk rancangan persaraan mereka.

Dalam satu kenyataan bertulis, beliau memaklumkan, “kerajaan persekutuan tidak seharusnya menganggu keupayaan pekerja Amerika dalam mengambil keputusan untuk melaburkan simpanan pelan 401 (k) seperti yang mereka fikirkan sesuai”.

Pada bulan Mac, Jabatan Tenaga Kerja A.S. mengeluarkan panduan kawal selia yang menyelitkan percubaan untuk melarang akaun persaraan 401 (k) daripada melabur dalam aset kripto, dengan memilih kelas aset tertentu itu. 401(k) ialah pelan pencen caruman yang ditaja oleh majikan.

Sebelum ini, pekerja boleh menggunakan khidmat broker untuk memilih sendiri pelaburan persaraan mereka. Senator amat percaya bahawa rakyat Amerika sepatutnya dapat melaburkan simpanan persaraan mereka seperti yang mereka pilih. Akta Kebebasan Kewangan akan membolehkan mereka melakukan perkara itu jika ia meluluskan Kongres, di mana terdapat banyak tentangan terhadap industri kripto.

Rang undang-undang itu akan melarang Jabatan Buruh daripada menghadkan jenis pelaburan yang boleh dimiliki oleh warga A.S. dalam akaun persaraan mereka Atas dasar itu, senator seperti Tuberville dan Cynthia Lummis sedang mendesak agar aset kripto agar lebih mudah diakses oleh rakyat Amerika dan membendung peraturan yang berat dikenakan.

Selain mereka turut mendukung hal ini adalah senator Elizabeth Warren yang mengemukakan rancangannya untuk memasukkan kripto sebagai sebahagian daripada pakej persaraan.

Akhir sekali Tuberville menyatakan ia harus menjadi pilihan individu, bukan pilihan segelintir ahli politik kanan yang bertekad untuk mengekang industri kripto secara keseluruhannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat