Fuh!Miami Dinobatkan Sebagai Sebuah Bandar Kripto?

715

Berdasarkan laporan terkini, bandar Miami di Amerika Syarikat (A.S) telah menjadi bandar pertama yang meluluskan penggunaan kripto. Sebelum ini pernah popular sebuah konsep baru iaitu CityCoin, dimana warganegara boleh menyatakan sokongan atau melabur dalam kripto bandar sendiri. MiamiCoin merupakan antara yang pertama diterbitkan yang mewakili kripto bandar mereka.

Miami City telah meluluskan akses kepada Miami Coin yang bernilai $4.3 juta. Kripto tersebut boleh ditambang menggunakan alat perlombongan Bitcoin. Disamping itu, datuk bandar juga memiliki akses ke dana awam MiamiCoin dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki bandar.

Datuk Bandar Miami Francis Suarez yang merupakan penyokong Bitcoin yang terkenal mengeluarkan kenyatakan bahawa beliau berhasrat untuk menjadikan Miami sebagai hab kripto A.S.

Miami Coin adalah yang pertama dari jenis CityCoin dan didorong oleh komuniti semata-mata. Kripto ini juga dirancang untuk diperluaskan penggunaannya di luar Miami tidak lama lagi.

Buat masa ini, telah memiliki 35 pelombong secara aktif melombong Miami Coin yang membawa kepada penghasilan kripto bandar bernilai hampir $ 2,500 setiap 10 minit. Nilai yang dihasilkan secara langsung dimasukkan ke dalam dompet digital bandar Miami dan sehingga kini ia telah bernilai $ 4.3 juta token bandar asli.

Datuk Bandar Miami telah lama memberi kesedaran peraturan yang berpusat untuk kripto dan bahkan melobi untuk membenarkan warga Miami membayar cukai mereka dan menerima gaji dalam kripto.

Jika El Salvador berjaya menjadi negara pertama yang bersetuju Bitcoin sebagai tender sah maka Miami dapat memulakan trend baru di peringkat bandar dan daerah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat