Full Time Forex Trader atau Part Time? Baca Nasihat Terbaik Ini!

0 6,454

Forex trading sebenarnya adalah satu ‘alat’ untuk menambah atau tingkatkan taraf hidup. Jika anda sedang bekerja, anda jangan fikir untuk berhenti kerja terus, dan risikokan kesemua wang simpanan anda untuk mula trade forex.

Trade forex perlukan masa, anda hanya perlu berlatih dan cuba jana pendapatan secara part time trader dahulu. Anda mungkin tercari-cari sumber pendapatan mana yang anda dapat buat dengan selesa dirumah tanpa menjual barang, cari orang dan sebagainya dan anda terjumpa forex trading.

Ya, ia adalah pilihan yang tepat. Tetapi jika anda tidak dapat menjana keuntungan daripada forex trading secara part-time(separuh masa), anda jangan berharap lah untuk menjana keuntungan secara full time(sepenuh masa).

Biasakan diri anda dahulu dengan trading sambil mengekalkan taraf hidup anda sekarang. Apabila anda sudah biasakan diri untung dan menjana 10-20% sebulan, baru anda boleh berfikir dengan modal yang besar, anda dapat menjana keuntungan yang lebih banyak jika kekalkan momentum 10-20% sebulan.

Cita-cita full time trader tidak salah, tetapi perlu pada masa yang betul, persediaan mental dan fizikal yang betul. Anda perlu mempunyai simpanan tidak terusik dan juga duit emergency yang dapat bertahan selama 6 bulan.

Duit tersebut tidak termasuk modal untuk trading. Duit tersebut adalah duit untuk anda melunaskan segala komitmen yang ada seperti duit kereta, duit rumah, duit sekolah anak, duit makan minum, duit nafkah isteri dan keluarga, duit emergency seperti perubatan, repair kereta dan lain-lain.

Ia untuk memastikan anda dapat rangka dan mula jana pendapatan dalam tekanan tidak bekerja, dan tidak mendapat gaji tetap. Jika anda tidak menjana pendapatan dari forex pada awal-awal pun, anda masih mempunyai duit untuk menyara keluarga, atau bayar komitmen peribadi selama 6 bulan.

Jadi di sini emosi anda tidak terganggu. 6 bulan adalah tempoh ideal yang digunapakai untuk kestabilan emosi dan mula merangka sesuatu tindakan. Lebih elok dicukupkan setahun kerana bidang forex trading ini sangat mencabar.

Duit simpanan sahaja tak cukup.

Pastikan trading record anda lakukan secara part time sudah mula berjaya jana pendapatan konsisten seperti diharapkan paling kurang tempoh 1 tahun, iaitu 12 bulan.

Tanpa skill yang konsisten, tempoh 12 bulan juga tidak guna jika anda baru hendak merangkak belajar tentang forex sementara menghabiskan duit simpanan.

Ingat! Tempoh 12 bulan bukanlah tempoh baru nak belajar, cari teknik dan sebagainya. Sebaliknya ia tempoh bersedia untuk anda memulakan perjalanan bisnes forex anda ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.