Fundamental dan Sentimen Matawang GBP Selepas Penetapan Polisi Bank of England

734

Seperti kita sedia maklum, Bank of England (BoE) telah mengekalkan kadar faedahnya pada kadar 0.50% menepati jangkaan pasaran. Kita juga melihat lonjakan matawang Sterling (GBP) sejurus selepas polisi monetari terbaru ini dikeluarkan pada pukul 7 petang Khamis.

Matawang GBP melonjak apabila tiga daripada sembilan ahli Bank Pusat mengundi untuk menaikkan kadar faedah kepada 0.75%. Hal ini telah meningkat jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah dalam mesyuarat BoE seterusnya Ogos hadapan.

Ahli-ahli BoE juga dilihat lebih yakin bahawa aktiviti ekonomi yang perlahan pada suku pertama hanya bersifat sementara. Perbelanjaan isirumah dan sentimen pengguna memulih semula dengan kukuh di mana inflasi dijangka akan meningkat lebih daripada jangkaan dalam masa terdekat.

Bank pusat juga mengemaskini panduan untuk pemain pasaran dengan mengatakan ia akan mula mengurangkan program rangsangan apabila kadar faedah mencecah 1.50% lebih awal daripada panduan sebelum ini iaitu 2.0%.

Matawang GBP pada Khamis telah menguat berbanding kebanyakan matawang dunia pada Khamis sebagai respon daripada keputusan mesyuarat BoE. Pair GBP/USD naik sehingga 169 pip dalam julat pergerakan hari Khamis, manakala pair GBP/JPY naik 150 pip, dengan pair GBP/CAD naik sehingga 200 pip.

Apa Yang Perlu Diperhatikan Selepas Ini?

Terdapat potensi untuk matawang GBP meneruskan kenaikannya dalam tempoh beberapa minggu akan datang jika data-data ekonomi merekodkan peningkatan.

Bagi matawang GBP, tumpuan bukan sahaja akan terarah kepada data ekonomi dan polisi monetari, tetapi isu Brexit juga akan terus mempengaruhi pergerakan matawang ini.

Dalam isu Brexit tarikh penting yang perlu diberi perhatian oleh pemain pasaran adalah 28 Jun 2018 di mana berlangsungnya perhimpunan Kesatuan Eropah yang akan membincangkan isu sempadan Ireland Utara yang menjadi salah satu daripada tiga isu utama rundingan keluarnya Britain dari Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat