Fuyoo! Kelab Bola Sepak AS Roma Terima Pembayaran Dalam Kripto Ini!

233

“Sebelum ni Real Madrid sekarang AS Roma pula terdedah dengan kripto.”

Kelab bola sepak terkemuka Itali, AS Roma kini menerima pembayaran untuk merchandise mereka dalam mata wang kripto DigitalBits (XDB) yang turut digambarkan sebagai “leading blockchain for brands”.

Pembayaran melalui XDB dilaporkan dapat dibuat di lima kedai runcit utama kelab bola sepak tersebut, iaitu Via del Corso, Piazza Colonna, Ottaviano, Porta di Roma dan zon Fan di Stadio Olimpico.

Suka dimaklumkan bahawa para pelanggan yang memegang XDB dapat menggunakan aset digital tersebut untuk membeli pelbagai barangan AS Roma.

Namun, pembayaran perlu dibuat melalui wallet mudah alih digelar AstraX dengan mengimbas kod QR, di mana pembayaran tersebut akan diproses dalam beberapa saat dan pelanggan seterusnya diberi pulangan tunai menerusi XDB.

Menurut Daniele Mensi, Pengarah Urusan di Yayasan XDB berkata bahawa langkah baharu itu bukan sahaja dapat tingkatkan penggunaan kripto dan Web3 malah menyediakan pelbagai pengalaman kepada berjuta-juta peminat AS Roma.

Pun begitu, pembayaran kripto mampu mencetuskan pelbagai cabaran terhadap perniagaan susulan pakar ekonomi termasuk bank pusat sering mengkritik Bitcoin (BTC) dan kripto lain kerana harganya sentiasa melihat pergerakan tidak menentu.

Banyak perniagaan didapati sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut dengan sediakan perkhidmatan yang dapat menukar kripto seseorang kepada fiat semasa jualan, tetapi ia memerlukan custodian centralized ke atas aset digital pengguna.

Umum mengetahui perkongsian antara AS Roma dan XDB telah menjadikannya organisasi bola sepak profesional pertama yang menggunakan teknologi blockchain untuk menghubungkan peminat dengan pasukannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat