“Wow nampak gayanya harga XLM macam berpotensi untuk naik lagi, setuju tak?”
Keresahan dalam kalangan komuniti mata wang kripto tercetus apabila Stellar (XLM) melihat pendakian mengagumkan berbanding aset digital berprestasi tinggi lain yang sejak kebelakangan ini bergerak mendatar.
Rentetan itu, topik berkenaan XLM sangat hangat dibicarakan oleh para pelabur termasuk penganalisis kripto susulan lonjakan harga tersebut telah menunjukkan bahawa masa depan XLM adalah sangat cerah.
Pada awal bulan ini, XLM yang memaklumkan akan mendedahkan sesuatu perkara besar pada 12 September 2023 kini mungkin sedang bersiap sedia untuk perubahan yang dapat beri keterujaan kepada semua pelabur.
XLM adalah aset digital paling diminati ramai pedagang untuk aktiviti short, oleh itu kecairan berterusan dapat mendorong harganya melonjak lebih tinggi daripada paras semasanya ditambah pula pengumuman yang akan datang.
Menerusi pemerhatian, XLM mencanak daripada paras terendah harian $0.116 kepada paras tertinggi $0.126 sebelum berlegar-legar di zon sama, jika XLM dapat menembusi harga itu maka tidak mustahil untuk aset digital tersebut sasarkan zon rintangan seterusnya pada $0.125.
Namun perlu diingatkan bahawa sekiranya zon rintangan $0.126 adalah kukuh, harga XLM mampu berundur ke zon $0.120 sebelum melakukan sebarang pergerakan yang lebih positif.
Susulan modal pasaran dan volum dagangan XLM masing-masing canak sebanyak 5.89% dan 112.92% dalam masa 24 jam terakhir, kebanyakan pelabur berpendapat peningkatan minat dan aktiviti dalam XLM dapat mendorong harganya menggunung.
Pada masa ini, semua mata tertumpu pada pengumuman dan prestasi XLM yang akan datang, di mana kini harganya melonjak lebih 4.25% pada paras $0.124 dalam tempoh 24 jam lalu dan raih 3.84% sepanjang minggu lepas.