Gabenor BoJ Bertemu Shinzo Abe Bagi Membincangkan Prospek Ekonomi Global, Termasuk Dasar Trump!

32

Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Rabu, Gabenor Bank of Japan iaitu Haruhiko Kuroda ada menyuarakan keyakinan terhadap prospek ekonomi AS.

Sejak September lalu, Bank of Japan telah menyusun semua rangka kerja dasar agar lebih sesuai untuk diaplikasikan ke dalam ekonomi untuk pertemburan jangka panjang bagi memerangi deflasi.

Pertemuan dengan Abe itu merupakan kali yang pertama diadakan selepas mesyuarat September lalu. Mereka juga sebelum ini tidak pernah bertemu bagi membincangkan secara terperinci mengenai dasar ekonomi yang bakal diterapkan oleh Donald Trump.

Memetik kenyataan beliau kepada pemberita, pertemuan kali ini digunakan untuk menjelaskan perkembangan ekonomi global yang terkini dan tidak hanya dikhususkan mengenai dasar Trump.

Kuroda juga sempat memberi pandangan mengenai ekonomi AS yang disifatkan sedang berkembang dengan mantap.

Sesi Eropah Menyaksikan Kebanyakan Trader Lebih gemar Mengambil Pendekatan Tunggu dan Lihat

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat