Gabenor Ini Berharap Agar Dasar Pelonggaran Kuantitatif Semasa Mampu Mencapai Sasaran Inflasi!

36

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda hari ini, beliau berharap agar sasaran inflasi yang diletakkan oleh bank pusat berkenaan dapat dicapai dengan mengekalkan dasar pelonggaran semasa.

Bercakap kepada jawatankuasa dasar fiskal dan kewangan, bank pusat akan melakukan pengubahsuaian dasar sekiranya perlu memandangkan prospek ekonomi Jepun telah dinaikkan sejajar dengan pengukuhan ekonomi global.

Menurut Kuroda lagi, kadar pengeluaran Jepun dan pasaran buruh dinilai bertambah baik.

Beliau juga menambah keyakinan bahawa inflasi akan mencapai sasaran 2 peratus bagi tahun fiskal berakhir 2018 disamping meletakkan kesediaan untuk melakukan pengubahsuaian dasar sekiranya diperlukan.

Dalam mesyuarat bulan lalu, BoJ masih mengekalkan dasar pelonggaran kuantitatif memandangkan inflasi masih berlegar di tahap yang agak rendah.

BoJ mengekalkan sasaran kadar faedah pada tahap negatif 0.1 peratus dan kadar hasil bon kerajaan bagi tempoh 10 tahun pada sifar peratus.

Sejak mesyuarat lepas juga, BoJ telah mengambil keputusan untuk mengurangkan pembelian hutang pada Mei selepas membeli 80 Trillion Yen hutang sebelum ini pada kadar tahunan.

Menurut tinjauan Reuters, ahli ekonomi menjangkakan bahawa BoJ akan mengetatkan dasar monetari walaupun ramai yang tidak mengharapkannya sehingga awal tahun depan.

 

Adakah OPEC Bakal Melanjutkan Perjanjian?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat