Gagal Kekalkan Kenaikan, Dolar Aussie Kembali Tergelincir

232

Dolar Aussie kembali di bawah tekanan pada hari Jumaat ketika pasaran terus dibelenggu oleh sentimen pasaran yang berisiko.

Matawang sensitif risiko itu didagangkan menyusut pada sekitar harga 0.72000 berbanding US dolar yang kuat pada pembukaan sesi Eropah, gagal mengekalkan keuntungan yang diraih pada Khamis.

Sebelum ini, berita mengenai kemungkinan bahawa China akan terpaksa mengangkat sekatan ke atas arang batu Australia yang kini berdepan dengan masalah kekurangan bekalan.

Wakil Perdana Menteri China, Han Zheng sebelumnya telah memberi arahan kepada syarikat tenaga negara untuk meningkatkan pembelian terhadap bahan bakar bagi menghadapi musim sejuk, dan ini telah mendorong kenaikan harga produk tenaga lain, termasuk minyak metah, gas asli dan arang batu.

Beijing telah menyekat import barang batu dari Australia pada tahun lalu disebabkan pertelagahan antara dua rakan dagang itu yang semakin memburuk berikutan isu Covid-19.

Walaupun begitu, dolar Aussie kembali mencatatkan penyusutan pada sesi dagangan hari ini, dilemahkan oleh dolar greenback yang menguat dan ketidakpastian politik semasa di Australia.

Terbaru, Perdana Menteri New South Wales (NSW), Gladys Berejiklian mengumumkan perletakan jawatannya pada hari ini setelah disabitkan dengan kesalahan rasuah.

NSW kini masih bergelut untuk membendung penularan Covid-19 dengan berusaha meningkatkan kadar vaksinasi di negeri itu. Pergolakan ini menyebabkan pelabur bimbang bahawa usaha untuk menyekat coronavirus akan tertangguh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat