Gagal Menembusi Paras $29K, Halatuju BTC Jadi Tanda Tanya!

172

Bitcoin gagal menembus paras $29,000 semalam, dan penolakan seterusnya membawanya kepada penurunan harga. Kebanyakan altcoin juga telah bertukar menjadi merah pada hari ini, dengan DOGE, LDO dan ARB, jatuh merundum.

Pasaran kripto pada awal minggu ini telah dihimpit dengan isu FUD mengenai Binance sehingga mendorong kejatuhan kepada paras dagangan $27,000. Walau bagaimanapun, apabila Ketua Pegawai Eksekutif Binance telah menyangkal dakwaan bahawa beliau telah mendapat Notis Merah oleh Interpol, dan ia ternyata berita palsu, mata wang kripto mula mendapat kembali momentum.

Harga BTC telah melonjak kepada lebih $28,000 dan cuba mencabar kembali paras rintangan $29,000. Waima begitu setakat ini belum boleh menaklukinya dan BTC mula kehilangan nilai sekali lagi, walaupun selepas pembelian terbaru MicroStrategy.

Sehingga kini, mata wang kripto didagangkan lebih rendah secara kasar kerana ia baru sahaja merosot di bawah $28,000. Paras pasarannya telah merosot kepada $540 bilion, manakala penguasaannya ke atas altcoin adalah pada 45.7%. Malah, metrik telah menurun hampir 1% pada minggu lalu.

Dogecoin mendahului arah aliran menurun dengan kemerosotan 6%. Namun begitu, memecoin ini masih meningkat lebih daripada 20%. LDO dan ARB adalah satu lagi altcoin yang jatuh ketara. Kedua-dua aset turun kira-kira 5% kepada $2.53 untuk LDO dan $1.2 untuk ARB.

Secara keseluruhan, pasaran terkumpul semua aset kripto telah menyaksikan kira-kira $30 bilion hilang dalam sehari dan turun di bawah $1.2 trilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat