GameStop (GME) Bakal Lancarkan Platform NFT!

342

Bermula dari sektor saham, kini GameStop (GME) melangkah menceburi industri kripto apabila dilaporkan bakal melancarkan platform non-fungible token (NFT) di rangkaian Ethereum.

Kesungguhan GME dalam industri ekosistem NFT terbukti apabila mereka telah melancarkan laman web tersendiri nft.gamestop.com dengan tagline Power to the players. Power to the creators. Power to the collectors’.

Bagaimanapun, laman web tersebut tidak memiliki maklumat penuh berkaitan projek NFT seperti yang dikhabarkan.

Sebaliknya, mereka mengalu-alukan penyertaan dari kalangan jurutera, pereka grafik, gamers, dan golongan profesion ke dalam ekosistem mereka. Terdapat juga alamat wallet ETH, namun tidak jelas fungsinya.

Buat masa sekarang, GME masih belum membuat kenyataan rasmi berkaitan projek NFT.

Pasaran NFT tidak dinafikan menyaksikan pergerakan yang agak lambat dan tidak memberangsangkan sejak beberapa bulan lalu.

Sebagai rekod, NonFungible mendedahkan jumlah jualan harian bagi tempoh 27 April-26 Mei menurun daripada 34,000 token kepada 20,236 token.

Manakala nilai jualan harian susut kepada $15.1 juta pada 26 Mei daripada ketinggian yang dicapai pada 9 Mei, $176 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat