GameStop Nak Jual Lebih 3 Juta Sahamnya!

459

Kali terakhir Team Intraday memuatnaik berita GameStop adalah pada bulan lepas ketika runcitan itu menawarkan saham baru.

Berbeza pula kali ini, GameStop dikhabarkan mahu mengaut keuntungan daripada lonjakan sahamnya sejak awal 2021 dengan menjual sahamnya bernilai £720 (RM 4,132,127,988.00), merangkumi 3.5 juta saham.

Pada Isnin, saham GameStop dibuka sedikit rendah sekitar 10%. Berdasarkan pergerakan harga, saham runcitan itu didagangkan pada £123.34  seunit, berbeza dengan nilainya pada permulaan 2021 di mana ketika itu bernilai £12.44 seunit.

Berdasarkan keuntungan yang diterima, GameStop mahu mempercepatkan peralihan syarikat itu kepada perdagangan elektronik (e-commerce).

Perubahan itu akan diketuai oleh pemilik saham GameStop terbesar, Ryan Cohen.

Pada Khamis, saham GameStop ditutup pada sesi biasa ketika harga saham seunit bernilai  £138.09. Berdasarkan rekod ini, syarikat gaming ini tidak mustahil mampu menjana pendapatan sehingga £483.26 juta.

GameStop juga ada memberi amaran kepada pelaburnya pada Isnin bahawa penyertaan dalam jualan saham boleh menyebabkan kerugian yang ketara.

Pada Disember 2020, GameStop telah berdaftar dengan Securities and Exchange Commission (SEC) untuk menjual sahamnya bernilai £72.13 juta. Bagaimanapun, saham itu tidak dijual di bawah prospektus Disember.

Setakat hari ini, nilai pasaran firma ini mencatatkan harga lebih £9 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat