Gara-gara Isyarat ‘Tapering’, Pound Kembali Meraih Kuasa

267

Matawang pound meningkat selepas Ketua Ekonomi Bank of England (BOE), Andy Haldane memberi isyarat untuk mengurangkan (tapering) langkah rangsangan monetari.

Haldane, yang akan meninggalkan BOE setelah mesyuarat dasar monetari akhir bulan ini, adalah satu-satunya anggota Jawatankuasa Monetari (MPC) yang mengundi untuk mengurangkan ukuran program pembelian bon bank pusat ketika mesyuarat polisi pada bulan Mei.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada hari Rabu, Haldane memberitahu bahawa terdapat tekanan harga yang cukup tinggi dan bank pusat perlu menghentikan tekanan rangsangan monetari yang besar.

Susulan itu, matawang pound kembali meraih kekuatan untuk meningkat dengan harga bergerak menuju ke paras 1.42000 berbanding US dolar.

Dalam pada itu, Haldane sebelum ini juga pernah memberi amaran mengenai risiko lonjakan inflasi ketika ekonomi bangkit dari kemelesetannya.

Indeks harga pengguna Britain meningkat dua kali ganda menjadi 1.5% dalam 12 bulan hingga April dan BOE menjangkakan ia akan mengatasi sasaran 2% pada akhir tahun ini.

Walau bagaimanapun, Gabenor Andrew Bailey dan pegawai kanan BOE yang lain mengatakan faktor-faktor yang mendorong kenaikan harga ini hanyalah sementara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat