Gara-gara Jadi Hero, Saham Kodak Melonjak 2,441%!

1,635

Saham Eastman Kodak Co telah melonjak 2,441% lebih tinggi pada minggu ini, menjadikan nilai pasarannya mencecah hampir $ 2 juta, setelah berjaya memperoleh pinjaman kerajaan untuk membantu dalam penghasilan bahan yang digunakan dalam ubat generik utama bagi memerangi wabak coronavirus.

Kodak yang merupakan syarikat fotografi gergasi yang sebelum ini perniagaan dan sahamnya musnah akibat daripada peralihan teknologi kamera tanpa filem telah mencatatkan peningkatan sebanyak 655% pada hari ini. Selain itu, lebih daripada 110 juta saham telah diniagakan iaitu lebih 23 kali ganda daripada kebiasaannya. Tambahan daripada itu, nilai syarikat berkenaan telah merekodkan peningkatan kepada $ 1.99 bilion setelah ditutup dengan harga $ 100 juta ada hari Jumaat yang lalu.

Sementara itu, saham Kodak dikhabarkan melonjak pada semalam (Selasa) akibat daripada berita pinjaman kerajaan yang bernilai $765 juta serta syarikat tersebut akan menggunakan sebahagian daripada kilangnya untuk penghasilan bahan ubatan. Ianya merupakan pinjaman bank pembangunan yang pertama dikendalikan di bawah Akta Pengeluaran Pertahanan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, bertujuan untuk mempercepat pengeluaran ubat yang mengalami masalah bekalan bahkan dianggap penting untuk merawat COVID-19 termasuk hydroxychloroquine, ubat antimalaria yang terpalit dengan pelbagai kontroversi dan disyorkan oleh Presiden Donald Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat