Pengukuhan ketara US dolar pada dagangan Rabu semalam telah mengubah arah pergerakan pada carta-carta utama kesan oleh oleh reaksi terhadap acara pilihan raya presiden 2024 di Amerika Syarikat (AS).
Kemenangan yang memihak kepada Donald Trump yang menewaskan pencabarnya, Kamala Harris dilihat mempengaruhi pengukuhan awal bagi US dolar.
Namun selepas ketara kukuh bermula dari awal sesi Asia hingga bersambung ke sesi Eropah, momentum US dolar itu mula mengendur pada dagangan di sesi New York semalam.
Pun begitu, tekanan tinggi kekal dilihat oleh US dolar ke atas mata wang utama yang lain dalam pasaran.
Meneliti pada carta pasangan mata wang EUR/USD, terjunan harian terbesar tahun ini telah dipaparkan sehingga sekitar 250 pips.
Situasi menunjukkan perubahan harga telah berlaku selepas corak kenaikan dipaparkan pada dagangan hari-hari sebelumnya itu.
Bermula dari awal sesi Asia di ketinggian 1.09370, harga telah menjunam menembusi paras penting 1.08000 sehingga mencecah zon sasaran pada 1.07000 di sesi New York semalam.
Namun, lanjutan penurunan harga tidak berlaku apabila paparkan lantunan dari zon support tersebut sebelum berlegar perlahan di sekitar 1.07300 menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Khamis).
Penurunan lanjut dijangka akan diteruskan, namun pelabur akan memerhati dahulu harga untuk menembusi support 1.07000.
Penurunan bakal dilanjutkan dengan sasaran beralih kepada 1.06000 untuk rekod terendah terbaru 7 bulan.
Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula jika berlaku, paras tumpuan terhampir adalah pada 1.08000 untuk diuji sebelum diteruskan lebih tinggi.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK