Gara-gara PM Ardern, Dolar Kiwi Parah Kena Benam!

879

Berita dari New Zealand yang mengatakan kerajaan akan menerapkan langkah-langkah baru untuk mengekang kenaikan harga rumah, telah membenam dagangan dolar kiwi ke paras terendah 3 bulan berbanding US dolar.

Harga rumah telah melonjak 23% dalam tempoh 12 bulan, jauh lebih tinggi dari kadar pertumbuhan gaji dan mendorong kebanyakan pembeli yang tidak berkemampuan keluar dari pasaran.

Susulan itu, dalam ucapan pada hari Selasa di Wellington, Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan sebuah pakej bantuan yang bertujuan untuk mengatasi masalah penawaran dan permintaan perumahan, serta membantu keseimbangan dalam pasaran.

Ardern memberitahu bahawa dana bernilai NZ$ 3.8 bilion akan dibentuk untuk membuka lebih banyak tanah untuk pembangunan perumahan dan kerajaan akan menyediakan geran rumah pertama untuk lebih banyak orang.

Selain itu, beliau turut mengumumkan akan menggandakan ‘bright-line test’, iaitu tempoh masa yang perlu diberikan pada pelabur untuk memegang hartanah bagi mengelakkan pembayaran cukai ketika menjual, kepada 10 tahun daripada 5 tahun.

Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan dolar New Zealand mencatatkan kejatuhan 1.2% dan didagangkan di sekitar harga 0.70700 berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat