Gawat! Pasaran Eropah Dilihat Terumbang Ambing?

9,916

Pada hari ini matawang Euro didagangkan pada paras kurang memberangsangkan manakala franc Switzerland dan crown Sweden menjadi pilihan ‘traders’ kerana kebimbangan pilihan raya Perancis dan kebarangkalian yang tinggi terhadap lebih banyak sekatan akan dikenakan ke atas Rusia.

Pasaran meneka bahawa terdapat kemungkinan bahawa calon parti politik ‘golongan kanan’ Marine Le Pen akan menewaskan Presiden Emmanuel Macron dalam pilihan raya bulan ini. Spekulasi ini telah menyebabkan kerugian mendadak bagi indeks ‘blue chip’ dan bon kerajaan.

Kebimbangan mengenai keputusan pilihan raya Perancis telah mendorong pedagang dalam euro untuk perlahan-lahan meningkatkan pilihan jual beli sekitar paras $1.07-$1.09 sebagaimana data dari Refinitiv.

Berbanding US dolar, matawang Euro tidak banyak berubah dengan didagangkan susut 0.01% kepada paras dagangan 1.0966. Euro mencapai paras tertinggi satu bulan pada $1.1185 hanya beberapa hari sebelum ini di tengah-tengah peningkatan keyakinan terhadap penamatan konflik Ukraine.

Selain itu, matawang Euro terkesan dengan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi Eropah yang dijangka terbantut kerana konfilik Rusia-Ukraine dan juga inflasi yang tinggi. Menurut, Simon Harvey, ketua analisis FX di Monex Europe, ” Sentimen di sekitar mata wang menjadi semakin menurun dari hari ke hari”.

Kerugian terbesar euro pada hari Selasa adalah berbanding crown Sweden dan franc Switzerland, dengan kejatuhan masing-masing sebanyak 0.4% dan 0.2%.

Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah berjanji pada Isnin untuk menghukum Rusia dengan lebih keras atas tuduhan bahawa Rusia telah membunuh orang awam. Namun hal tersebut dinafikan oleh Rusia. Sekatan baharu boleh termasuk sekatan ke atas berbilion dolar tenaga atau minyak yang diimport Eropah dari Rusia.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didangkan kukuh 0.20% kepada paras dagangan 99.155.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat