Gayat Nak Naik Tinggi, Emas Terjatuh Semula

1,034

Emas kembali merosot pada permulaan dagangan awal minggu ketika tahap kesihatan Presiden AS, Donald Trump dilaporkan bertambah baik setelah beliau disahkan positif Covid-19 pada Jumaat.

Logam berharga itu susut kepada $1,892 per auns daripada tahap tertinggi $1,916 per auns yang dicapainya sebaik sahaja Trump mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19. Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan rendah pada $1,898 per auns (12.05 tengahhari waktu Malaysia).

Pada hujung minggu, doktor yang merawat Trump memberitahu bahawa presiden itu semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar daripada hospital secepatnya pada hari ini selepas menjalani rawatan sejak Jumaat lalu.

Bagaimanapun, walaupun sentimen kembali positif, namun kebimbangan terhadap ketidakpastian politik di Amerika Syarikat tetap wujud dan ini telah membataskan penurunan bagi dagangan komoditi itu.

Dalam pada itu, para pelabur terus mensasarkan perhatian mereka terhadap perkembangan dalam rundingan mengenai pakej rangsangan baru AS, di mana Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin masih berusaha untuk mencapai kesepakatan.

Selain itu, penerbitan laporan minit mesyuarat Federal Reserve AS dan Bank Pusat Eropah (ECB) turut menjadi tumpuan pasaran pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat