Gayat Nak Naik Tinggi, USD Kembali Tergolek

539

US dolar nampaknya masih belum bersedia untuk mengubah haluan dengan kenaikan lebih tinggi walaupun meraih sokongan daripada pembacaan data inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS pada akhir minggu lalu.

Petunjuk inflasi kegemaran Federal Reserve (Fed), PCE melonjak lebih kuat pada bulan April dengan catatan 3.1% dari tahun lalu, iaitu paling tinggi sejak tahun 1992 dan melebihi sasaran harga pengguna bank pusat pada 2%.

Data yang optimis ini telah memberikan sokongan buat matawang US dolar pada hari Jumaat, seiring dengan pergerakan hasil bon perbendaharaan AS 10 tahun yang mencerminkan jangkaan inflasi.

Namun, matawang gergasi itu kembali mengurangkan keuntungan yang diraih dengan didagangkan menyusut pada sesi Asia, kerana pelabur masih yakin bahawa Fed akan mengekalkan pelonggaran kuantitatifnya buat masa ini.

Bagaimanapun, menurut penganalisis, dengan pegawai utama Fed sekarang secara terbuka mengakui keperluan untuk membincangkan penurunan, tanda-tanda kekuatan lebih lanjut dalam ekonomi AS, seperti data gaji hari Jumaat, mungkin akan memacu kepada perdebatan mengenai pengurangan.

Dalam pada itu, matawang euro pula kembali diperdagangkan lebih kukuh setelah ditolak jatuh oleh US dolar pada akhir minggu lalu.

Para pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB), masih berhati-hati dengan komen mereka yang menunjukkan bahawa ia akan kekal dengan dasar monetari yang sangat longgar di tengah ketidakpastian dan inflasi yang rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat