Gayat Pula Tengok TrueFi Meroket Sehingga 500% Pada Awal Ogos

501

TrueFi merupakan platform pinjaman DeFi seperti Aave atau Venus yang membolehkan pelabur memperoleh faedah daripada deposit stablecoin.

Protokol TrueFi bertujuan untuk mewujudkan kumpulan faedah dengan APR yang tinggi bagi penyedia kecairan dengan merangkumi mekanisme utiliti dan ganjaran menggunakan TrustTokens (TRU).

TRU adalah ‘native token’ kepada TrueFi yang merangkumi kepada aspek penggunaan seperti STAKING, FARMING dan GOVERNANCE.

Terbaru, TrueFi telah memperoleh fundraise sebanyak $12.5 juta daripada Blocktower Capital melalui Andreessen Horowitz dan Alameda Research seperti yang diumumkan di ciapan Twitter TrustToken.

Perkembangan itu serba sedikit telah menyokong harga TRU untuk membuat lonjakan drastik sehingga 500% lalu mencatat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaharu di paras $1.

Meneliti kepada carta TRU/USDT, pergerakan harga dilihat sedang kembali menguji paras ATH sekitar $0.55 yang dicapai pada sebelum ini.

Sekiranya harga TRU berjaya meneruskan kenaikan, zon resistance $0.75-$0.80 dijangka akan diuji semula sebelum harga menuju ke paras ATH $1.

Paras ATH $1 itu juga bakal menjadi tumpuan utama para pelabur untuk dicabar bagi mencapai paras ATH yang terbaharu lagi.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, paras RBS (resistance become support) $0.45 bakal kembali diuji sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Setakat jam 3.00 petang waktu tempatan, harga TRU merosot melebihi 10% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.55.

Lihat gambar carta matawang kripto TRU/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat