GBP Boleh Jatuh Sehingga 1,300 Pip Jika Tiada Perjanjian Bersama EU – Penganalisis

1,756
Minggu lalu kita dikejutkan dengan pergerakan volatile (turun-naik) oleh matawang Sterling (GBP). Jika dilihat kepada pasangan matawang GBP/USD, anda pasti dapat lihat pergerakan besar yang direkodkan pada hari Khamis dan Jumaat.

 

Pasangan matawang GBP/USD membuat lonjakan sehingga 156 pip pada Khamis dan menjunam semula sebanyak 220 pip pada Jumaat.

 

Apakah yang menyebabkan kejatuhan GBP pada Jumaat?

 

Perdana Menteri Theresa May mengakui pada Jumaat bahawa rundingan Brexit tidak bergerak lancar seperti yang dihebohkan sebelum ini.

 

Theresa May dalam ucapannya di Downing Street berkata, beliau tidak boleh menerima cadangan oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk mengekalkan sempadan Ireland di dalam Custom Union, EU.

 

“Kami tidak akan bersetuju dengan itu, kerana ia bermaksud memecahkan negara kami,” demikian kata Theresa May.

 

“Seperti yang saya katakan kepada pemimpin EU, tidak siapa boleh meminta perkara yang tidak boleh diterima oleh pihak satu lagi. Kita tidak boleh menerima apa sahaja yang mengancam integriti. Kita tidak boleh terima sebarang perkara yang tidak menghormati hasil referendum (Brexit).”

 

Apa yang menambah kejatuhan GBP?

 

Beliau juga mengulangi komen tentang UK yang bersedia dengan “no-deal” Brexit.

 

“Tiada siapa yang mahukan perjanjian yang baik lebih daripada saya. Namun, EU perlu jelas: Saya tidak akan mengalihkan hasil referendum itu. Jika tidak saya akan memisahkan negara saya. Kami perlukan penyelesaian yang serius kepada dua masalah dalam rundingan. Kami akan bersedia.”

 

Pendapat Penganalisis Pasaran Tentang Krisis Terbaru Brexit

 

Berikut adalah pendapat penganalisis antarabangsa selepas komen yang dibuat oleh Theresa May pada Jumaat lepas.

 

“Keadaan politik di UK adalah menakutkan, dan penamatan rundingan tidak boleh dibiarkan. Jika ia berlaku, strategist matawang kami berpendapat ketidaktentuan (uncertainty) akan menyebabkan kejatuhan nilai nominal Sterling sehingga 10% dalam tempoh enam bulan,” demikian kata Adrian Paul strategist di Goldman Sach.

 

Dalam konteks itu, pasangan matawang GBP/USD boleh jatuh sehingga 1,300 pip dari paras semasa.

 

“Keluarnya UK daripada EU tanpa sebarang perjanjian jelas negatif kepada GBP. Perjanjian last-minit akan menyebabkan GBP terpantul (rebound) pada awal 2019. Dalam konteks ini pair EUR/GBP boleh mencapai paras harga 0.90 atau 0.91 dalam tempoh tiga bulan sebelum kembali ke paras 0.89,” demikian kaji selidik dari Natixis.

 

“Retorik tentang ‘tiada perjanjian lebih baik daripada mendapat perjanjian yang buruk’ adalah mengejutkan dan menghapuskan harapan baru-baru ini yang kemungkinan perjanjian dapat dicapai dalam masa terdekat. Euro juga melemah berbanding US dollar menunjukkan bahawa keadaan semasa tidak menguntungkan Euro atau GBP,” kata Hamish Muress penganalisis matawang di OFX.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat