GBP/JPY Bakal Sambung Corak Penurunan Minggu Lalu?

145

Carta harga pasangan mata wang GBP/JPY diteliti pelabur ketika dagangan menuju penghujung minggu apabila corak menarik mula terbentuk yang akan dinilai sebagai petunjuk pergerakan selanjutnya.

Jangkaan pada minggu lalu adalah mendorong penurunan harga ekoran mata wang Pound yang mengalami penyusutan selepas keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) dengan isyarat untuk menghentikan pengetatan dasar.

Namun, pelabur juga berwaspada meneliti kesan pergerakan mata wang Yen susulan berita campur tangan bank pusat Jepun (BOJ) ke dalam pasaran.

Jika diperhatikan harga pada carta GBP/JPY sebelum ini telah menunjukkan penurunan sehingga ke paras 156.800 pada penutup dagangan minggu lalu.

Menyambung pembukaan awal minggu ini pula menyaksikan harga berjaya meningkat hampir menyentuh paras 160.00 sebelum penurunan kembali diperlihatkan ke sekitar 157.700 semula.

Pada Rabu semalam, corak kenaikan perlahan harga dipamerkan dari paras 157.700 tersebut ke sekitar 158.800 dan mula melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY tersebut sehingga dagangan bersambung ke hari ini (Khamis).

Dengan corak yang terbentuk, penganalisis menjangkakan penurunan lebih rendah harga berkemungkinan akan berlaku.

Sekiranya harga jatuh di bawah paras 157.700, penurunan lanjut bakal diteruskan dan boleh melepasi paras dicecah minggu lalu pada 156.800.

Seterusnya, harga akan meneruskan penurunan menuju pula zon 155.400 yang telah menjadi zon sokongan buat harga pada dagangan Januari lalu.

Namun jika lonjakan pula yang dipaparkan, harga bakal menguji paras sekitar 160.500 selepas menunjukkan isyarat pergerakan bullish.

Kenaikan yang diteruskan bakal mencapai semula zon rintangan pada 162.00 yang telah menjadi penghalang kenaikan harga pada minggu-minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat