GBP/JPY Capai Paras Tertinggi Terbaru Lagi Tahun Ini!

172

Carta harga pasangan mata wang GBP/JPY pada hari ini berjaya capai paras ketinggian terbaru lagi selepas mengatasi ketinggian sebelum ini pada 4 April, awal minggu lepas.

Pound berjaya bergerak lebih baik berbanding mata wang Yen, namun pelabur akan berhati-hati juga menantikan petunjuk terbaru dari ucapan oleh Gabenor bank pusat England (BOE) Andrew Bailey di sesi New York malam nanti.

Sementara Yen terus didagangkan lemah dengan tumpuan terhadap pertukaran jawatan Gabenor bank pusat Jepun (BOJ) yang baru, Kazuo Ueda.

Beliau yang dilihat tidak tergesa-gesa untuk mengubah polisi longgar BOJ sebelum ini membuatkan prestasi Yen dijangka kekal suram buat ketika ini.

Corak kenaikan harga telah dipaparkan semula bersambung pada minggu ini setelah penurunan harga di minggu lalu tertahan di zon sokongan RBS (resistance become support) pada 163.00.

Pergerakan harga yang juga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY itu kekal menandakan isyarat bullish.

Setelah mencapai paras 166.200 di penghujung sesi New York, harga meneruskan kenaikan pada sesi Asia pagi ini melepasi paras tersebut dan juga mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu.

Ini merupakan paras tertinggi terbaru harga untuk tahun ini.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi jika kenaikan harga diteruskan adalah untuk menuju sekitar 168.00 sebelum rintangan pada dagangan Disember tahun lalu sekitar 169.00 pula bakal diuji.

Sebaliknya jika perubahan arah harga mula berlaku, harga yang menjunam di bawah 166.00 bakal singgah menguji sekitar 164.500 sementara petunjuk untuk perubahan trend yang lebih jelas akan diperhatikan.

Sekiranya susut lebih rendah, harga akan menuju kembali zon RBS 163.00 minggu lalu sebelum mencecah pula sekitar 162.00 jika penurunan masih diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat