GBP/JPY Kekal Bullish Masuk Minggu Ke-2

223

Sentimen pasaran masih dinilai berisiko dengan lanjutan perang antara Rusia dan Ukraine yang belum lagi menunjukkan tanda-tanda untuk berakhir.

Namun, panik yang tercetus sejak perang bermula dilihat semakin mereda walaupun pasaran kekal berhati-hati dengan ketidaktentuan yang melanda.

Mata wang safe-haven Yen yang sebelum ini mendapat kelebihan ketika kebimbangan yang memuncak di awal perang tercetus, mula bergerak lemah semula ekoran pasaran sudah mula menyerap situasi panik sebelum ini.

Tambahan lagi, pelabur menjangkakan bank pusat Jepun (BOJ) akan kekal bernada dovish dalam menyampaikan petunjuk terhadap dasar monetari mereka pada mesyuarat polisi penghujung minggu ini.

Sebelum mesyuarat BOJ pada Jumaat, pasaran akan memberi tumpuan dahulu terhadap keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) dan Federal Reserve (Fed) pada Khamis.

Bank of England (BOE) yang dijangka untuk meningkatkan kadar faedah dilihat akan memberi sokongan terhadap pergerakan mata wang Pound.

Oleh itu, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY telah memaparkan corak kenaikan harga sejak minggu lalu dengan jangkaan untuk penyusutan Yen dan pengukuhan Pound.

Harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY untuk isyarat bullish.

Harga yang telah bergerak di atas paras 153.00 pada pembukaan pasaran di awal minggu telah meningkat ke paras ketinggian sekitar 154.700 sehingga sesi New York semalam sebelum mendatar perlahan di bawah paras tersebut bersambung pada dagangan hari ini.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan, zon rintangan harga yang bakal diuji seterusnya dilihat berada pada sekitar 155.200.

Paras ketinggian sehingga 157.700 akan menjadi sasaran selanjutnya harga jika kenaikan harga pada trend bullish turut melepasi rintangan pada 156.200.

Namun, jika harga menjunam semula ke bawah, zon 153.00 dilihat akan menjadi sokongan buat harga seperti dagangan yang berlaku Selasa semalam.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut akan mendorong harga kembali semula menuju zon support 151.00 yang dicecah pada minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat