Mata wang Pound pamer pergerakan positif harga pada dagangan Selasa semalam disokong oleh data ekonomi UK terbaru yang diterbitkan di sesi Eropah.
Meneliti laporan data pekerjaan, pertumbuhan gaji di UK pada suku kedua catat lonjakan tinggi mengatasi ramalan, membuatkan nilai Pound meningkat.
Gaji meningkat akan buatkan rakyat lebih berbelanja, harga barang akan makin naik, inflasi meningkat.
Justeru, situasi ini memberi isyarat awal bahawa bank pusat bakal melaksanakan pengetatan dasar monetari dengan menaikkan kadar faedah semasa.
Tumpuan akan terarah pula kepada data inflasi UK yang akan diterbitkan di sesi Eropah sebentar lagi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-menjelang-minit-fomc
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam telah menyaksikan kenaikan di sesi Eropah mencapai ketinggian 1.27500.
Namun, pengukuhan US dolar menuju ke penghujung sesi New York telah menekan semula harga ke paras tumpuan 1.27000.
Pergerakan harga mendatar di sekitar tersebut di awal sesi Asia pagi ini (Rabu) dan juga dilihat meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Isyarat bullish akan dinilai sekiranya harga melonjak kembali di zon 1.27000 tersebut dan akan cuba untuk mengatasi ketinggian dicapai semalam.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan menguji pula zon SBR (support become resistance) pada 1.28000 yang menjadi rintangan harga pada minggu lepas.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, susut di bawah zon 1.27000 akan menjangkakan harga bakal menuju zon support pada 1.26000.
Sejak awal Ogos lalu, harga masih belum berjaya untuk turun menembusi zon tersebut yang masih berjaya mengekang harga jatuh lebih rendah.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG