GBP/USD Bakal Melonjak Tinggi Susulan Keputusan Mesyuarat BOE

1,061

Matawang Pound Britain pamerkan pengukuhan pada pembukaan sesi pasaran Eropah susulan keputusan mesyuarat polisi bank pusat England diumumkan.

Bank of England (BOE) seperti yang dijangkakan telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.10% dan memberi isyarat bahawa kadar faedah negatif adalah tidak bersesuaian pada waktu ini.

Walaupun begitu, kadar faedah tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat sehingga kadar inflasi kembali menuju ke arah sasaran dan ahli jawatankuasa mesyuarat juga bersetuju untuk tidak melanjutkan program pembelian bon.

Ini telah mencetuskan momentum lonjakan buat dagangan Pound Sterling dan dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD mencatatkan kenaikan ke paras ketinggian terbaru lagi pada minggu ini.

Pelabur bakal menjangkakan harga akan meneruskan kenaikan lebih tinggi pada carta GBP/USD susulan dagangan US dolar buat masa ini terus bergerak lemah ekoran beberapa faktor yang memberi tekanan menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Kenaikan harga dijangkakan akan menuju ke paras ketinggian terbaru melepasi 1.32000. Kenaikan selanjutnya bakal menjadikan resistance pada dagangan Disember 2019 iaitu pada 1.35000 sebagai destinasi kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon RBS (resistance become support) pada 1.30000 akan dituju harga sebelum harga memberi isyarat arah pergerakan selanjutnya.

Sekiranya harga turun lebih rendah menembusi zon tersebut, pelabur akan menjangkakan trend bearish pada carta GBP/USD dengan penurunan berpotensi mencecah ke bawah paras 1.28000 yang turut menjadi zon tumpuan harga sebelum ini.

Kenyataan Gabenor BOE, Andrew Bailey akan menjadi tumpuan para pelabur yang akan mempengaruhi pergerakan susulan matawang Pound dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat