GBP/USD Bakal Susut Lebih Rendah Menjelang Mesyuarat BOE?

523

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih lagi gagal menembusi paras $1.400 berikutan kenaikan yang dipamerkan oleh Pound Sterling kekal diberi tekanan oleh US dolar.

Pada minggu lalu penyusutan US dolar telah memberi ruang untuk harga membuat kenaikan dan setelah menguji paras rintangan 1.4000, harga kembali menjunam semula pada Jumaat berikutan pengukuhan oleh US dolar yang disokong oleh peningkatan hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS).

Pelabur juga akan berhati-hati terhadap dagangan Pound Sterling pada minggu ini menjelang keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) pada Khamis.

Dagangan sesi Asia pada Isnin melihatkan harga telah jatuh lebih rendah bersambung ke sesi Eropah setelah harga gagal membuat kenaikan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan harga menuju semula ke zon RBS (resistance become support) pada 1.38600-1.38300 yang menjadi paras sokongan minggu lalu.

Penurunan lebih rendah dijangka akan menuju pula ke paras 1.37000 untuk harga menguji zon support penting tersebut.

Sebaliknya jika US dolar kembali susut dan terdapat faktor yang menyokong dagangan Pound untuk melonjak, harga bakal kembali semula menguji paras rintangan 1.4000.

Kenaikan lebih tinggi kemudiannya akan menguji pula paras-paras rintangan sebelum ini pada 1.41000 dan juga 1.42000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat