GBP/USD ‘Bearish’, Harga Susut Kembali Bawah $1.2600

193

Corak penurunan harga kembali dipaparkan semula pada carta pasangan mata wang GBP/USD untuk pembukaan dagangan awal minggu ini semalam.

Ini situasi yang sedikit berbeza berbanding penutupan sesi terakhir minggu lalu yang menyaksikan harga melonjak melepasi paras 1.26000.

Pergerakan US dolar juga perlahan semalam, namun sedikit mengukuh, ketika pasaran Amerika Syarikat (AS) bercuti sempena sambutan Hari Presiden.

Di carta GBP/USD, pelabur mula berhati-hati ketika pergerakan harga telah menunjukkan isyarat awal untuk penurunan harga yang boleh berlaku.

Ini disebabkan penyusutan yang dipaparkan semalam kembali menyaksikan harga susut di bawah paras 1.26000 dan juga di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Harga perlahan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa) di bawah paras 1.26000 dengan jangkaan penurunan harga bakal ditunjukkan pada sesi-sesi berikutnya.

Sasaran untuk penurunan lebih rendah adalah untuk menguji paras minggu lalu sekitar 1.25300 sebelum menuju zon support 1.25000 sekaligus catatkan paras terendah terbaru 10 minggu.

Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan semula di atas paras 1.26000 melepasi halangan MA50, ini boleh menjadi isyarat bullish untuk harga teruskan kenaikan lebih tinggi.

Harga bakal cuba mengatasi ketinggian dicapai semalam sekitar 1.26300 sebelum ke catatkan paras ketinggian terbaru minggu ini.

Kenaikan seterusnya akan sasarkan pada ketinggian minggu lalu atau zon tumpuan pada 1.27000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat