GBP/USD Bergerak Pasif, Harga Sasar Tembusi $1.2500

106

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan Rabu semalam lebih mendatar dan dilihat tidak meneruskan corak lonjakan yang dipaparkan pada Selasa lalu.

Sebelum ini, US dolar alami penyusutan ketara setelah data aktiviti sektor ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bacaan yang merosot pada April.

US dolar walau bagaimanapun papar prestasi baik semalam ketika kebimbangan pasaran untuk raja mata wang itu bergerak lebih suram.

Pelabur berkemungkinan menantikan petunjuk lebih jelas pada data yang menjadi tumpuan Federal Reserve (Fed) di sesi New York malam ini iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama 2024.

Ini dijangka akan memberi impak pergerakan harga yang lebih ketara menuju dagangan ke penghujung minggu.

Menerusi carta GBP/USD, perubahan corak harga telah dipaparkan sejak Selasa lalu ketika harga membuat kenaikan semula selepas kejatuhan di awal minggu menyentuh paras terendah 1.23000.

Kenaikan harga telah melepasi paras 1.24000 dan sehingga dagangan Rabu semalam, harga tersekat pada ketinggian 1.24700.

Pergerakan harga kekal perlahan di sekitar itu pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis).

Harga yang kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD kekal memberi isyarat bullish.

Kenaikan lebih tinggi dijangka diteruskan untuk harga menguji paras rintangan pada 1.25000 yang diuji pada dagangan minggu sebelum ini.

Melepasi rintangan itu, harga bakal menuju pula ke sasaran seterusnya iaitu pada 1.26000 dan 1.27000.

Namun jika corak kenaikan tersebut tidak berlaku, harga berisiko untuk alami penyusutan ke bawah semula.

Jangkaan pergerakan harga yang susut di bawah 1.24000 semula berkemungkinan akan kembali menuju ke support 1.23000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat